eh tak boleh jadi tak boleh jadi. Sims social punca lambatnya sambungan cerita kahkahkah *elak selipar* okay, serius..di mana kita tadi? (read:minggu lepas huehue) Soalan bertalu-talu aku tanya suami tanya pasal baby. Besar tak dia? Menangis tak? Berat? Comel tak? Macam i tak? Comel macam i tak? ok ok hehe. Please bear in mind that I haven't touch, hold, and kiss my baby yet after the delivery, for freaking 6 hours! Tapikan aku pengsan sebab morphine. Masa doc letak baby atas perut tu lah satu satunya momen yang aku ada dan kena ingat for another 12 hours. Suami cakap baby paling besar dalam hostel dia, mata kelip kelip je tengok sekeliling, pastu menangis sekejap je or more like macam 'ek ek' gitu. Bolehh? Tak tahu agaknya mak dia seorang penangis.eh?
Doc kata sebab lama sangat n kena vacuum, kepala baby macam bengkak so kena pantau keadaan baby. Maka malam pertama di hospital tidurlah sorang2 ditemani bunyi tangisan
So I stayed another night without my baby. Siang malam ulang alik pegi nicu. Family dah call, text nak datang tengok baby, tapi parents sahaja boleh masuk. Aku kata jangaannn datang kaka. Gitu kan emosi terganggu, dah la drama. Balqis call (tapi aku dah tak igt dah cakap apa HAHA) tapi macam bagi semangat (thanks, I owe you BIG time!). Letak je, aku menangis tak tau pasaipa. Eh, sebenarnya Balqis call aku hari khamis, tapi kalau ikut kronologi jalan cerita, aku dah berada di hari Jumaat. Tapi malas nak undo haha. Petang Jumaat doc cakap aku dah boleh keluar, tapi baby tak boleh. Suami memang suruh keluar je memandangkan bini dia dah menunjukkan potensi nak kena postpartum depression. Sebelum balik, sempat tengok Aassim (masa ni nama dah confirm hehe) dulu. Wayar semua memang tak bukak lagi, masih puasa lagi tapi bawah abdomen kanan Aassim kena tebuk untuk masukkan tiub. Ya Allah, gugur jantung. Doc ckp kena cuci paru paru Aassim sebab ada udara kotor. Doc observe untuk sehari, if belah kiri pon ada problem, kena tebuk sebelah kiri pulak. I swear I don't want to leave that place. Tapi kau gila? Ingat hospital laki apa?
Sampai rumah petang Jumaat tu mama memang dah siapkan barang2 untuk pantang semua. Sabtu, aku dah start pam sebab doc kata boleh start hantar susu untuk test samada Aassim boleh terima ke tak. Mind you, I didn't do any traditional massage yet. Tapi Allah tu maha adil, susu memang banyak even tak stimulate dan urut2 segala. Hari Ahad, mama balik, berganti dengan mil. Pakai bengkung, param, pilis semua kak cik(cik bidan 21 thn, kau ado?) yang buat. Hari hari ulang alik pegi hospital tengok Aassim. Tiap hari pon memang tak sabar nak tunggu time visit dia. Yes, aku memang tak pantang dan rest macam orang lain. Memang masuk angin tak payah cakap lah. Mujur lah pil ada support. I couldn't thank them enough.
Hari pertama puasa bersamaan dengan hari ke-6 Aassim kat nicu. Rutin aku macam biasa, lepas berbengkung, pam susu lepastu tengok Aassim. Petang Isnin tu kebetulannya doc pakar ada, so dia terangkan progress Aassim. Bengkak kat kepala dah mengecil (but I couldn't see any different ponnnn.blurghh), udara kotor dah takde kat both lungs dan lubang tebuk pon doc dah jahit. Aassim pon dah breath sendiri. Cuma penerimaan makanan macam slow sikit. Tapi takpe, Aassim memang cool je, takde being cranky2

bersambung.....
saspen lah sikit.ceh takde maknanya.busy oi 2 bulan tinggal opis.meja macam dilanda tsunami.nak tweet pon tak sempat.main sim je sempat.siapa yang main tolong lah sedekah kilat.bai
saspen lah sikit.ceh takde maknanya.busy oi 2 bulan tinggal opis.meja macam dilanda tsunami.nak tweet pon tak sempat.main sim je sempat.siapa yang main tolong lah sedekah kilat.bai
11 comments:
kesiannya la hai aku baca. sob sob.
*sniff sniff* memang kesian tgk aassim kesan cucuk tak terkira banyaknyaa
tetibe teringat ada org msg tanya cmana nk pakai bengkung.. hahahaha
ishhh.. antiklimaks ! tgh syok baca membayangkan sekali sambung....
kesian nye si kecik ni...sob sob tp alahamdulillah sekarang dah ok.. kan?
pergh.. babe... aku rase cam sakit je hati tgk kau main sambung.. tp now aasim dah ok kan?comel sgt aasim ni...baby ramadhan mmg kuat lah!!
nak nangis bole? tp nnt habis satu kilat. sian aassim. kecik2 dah mcm2 kena tebuk itu ini. sakitnya anak kecil. patut la aassim pakai cap tu je. igt kakya x saba2 nak kasi aassim bergaya. dgn spek dia sume. patut kakya lmbt post gamba baby..
kakya mmg tough n strong gila lahhhh. apa drama seterusnya?
oh aassimm yg gagah...makcik(makcik ha koo) tau aok boleh! org kuantan kan kuat? kan kan kan..
aku memahami aassim sebab aku bayi kena vacuum jugak sebab overdue 2 minggu. huhu.
mak aku siap risau takut aku jadi lembab masa sekolah. isk isk ade ke patut. nasib baik dapat jadi tokoh pelajar 1995. hahaha
Aegis:KAHKAHKAH oi jgn lah bocor rahsia hahaha.aku konpius mana depan mana belakang.layannn..asal perut kempis sudehhh
kak nad:tak sempat lah kak oi.haha.ni kira panjang ni entry.lalala
fida dot:aku pon sakit hati dgn bos aku.eh tiba.haha.geng akid kata, mmg lah omel.cewahh
yaty:aassim tak pakai apa pon bergaya haha.lambat la sbb takleh amek gmbo kt nicu.nti rosak mesin2 kt situ.
Adda:pergh makcik rock.kaka.aok ni balik la lps raya haji, kite mkn kat croc rock bawak aassim.lepaih tu kena bahann ngn nyamok
moose:haaa semoga Aassim jadi pelajar contoh jugakkk...dan pergi jerman.boleh mommy g jenjln yahuuuuu
aminnnnn
sambung lagi huhuhuhu cepat habis kan ek...sim tu ko leh main besok2 tau ekekekeke
Post a Comment